STATUS UPDATED!
Nak cari sponser ke? Inbox ernyy ye :*
Kem Kepimpinan Kelab dan Persatuan Kaunseling Peringkat Negeri 2013 | Super Awesome Blog

Ernyy's Online Shop

Kem Kepimpinan Kelab dan Persatuan Kaunseling Peringkat Negeri 2013

Assalammualaikum. Hmm hmm lama tak update dekat blog ni. Maaf laa buzy sikit. Huhu... Okay straight to the point jela. Aku baru balik dari kem kepimpinan peringkat negeri dekat Pulares Batu Gajah, selama 3hari. Memula nak pergi memang takut la sebabnya satu sekolah cuma hantar 2org wakil je. Aku pegi dengan laki, kira berpasangan lah. Dalam perjalanan tu hatii seedihh je. Hmm. Kitaorg bertolak dari sini pukul 11 smpai pukul 1 mcmtu la. Kami org ke2 yg sampai sana. K paaantas. Then terus ambil bilik num 3. Time tu dh ade 2 student ddari MCKK.. Nasib lah dapat sebilik dengan dorang sebab sekepala. Serious happening gila lah.

Then pukul 2 sesi pendaftaran and blablabla kitaorg masuk dewan untuk taklimat.. Lepas taklimat kena ambil hp pulak simpan yela taknak ada sebarang gangguan pun masa kursus berlangsung.. Kemudian, ada aktiviti pecah bedung. Apa pecah bedung? Oh gini, mula2 kami diberikan satu tag yg menunjukkan kami ni peserta la.. Then tulis nama, lepastu lepas dah tulis kena ambil balik then fesi tu bg yg perempuan punya tag dekat lelaki , lelaki punya tag dkt perempuan. Then dh ambil, masa untuk cari org empunya tag pulak, then kami kena sarungkan tag name tu dekat leher dorg, ala ala pakaikan medal la. Kemudian, kena tanya pulak apa nama ibu dorang,idola dan cita-cita and kena cerita dkt depan... Haha.. Lepas game tu ada slot macam2 lah antaranya yg aku ingat pengkhususan mesyuarat,pengurusan fail,pengurusan pelbagai lagi.. Tapi tak semua slot ceraamah je, sbb kalau ceramah mmg kitaorg ngantuk ah kan. Haa by the way, kitaorg dibahagikan 1kumpulan, semua 80 orang so, 1kumpulan 10orang. Then aku rasa bersyukur sangat sebab dapat kumpulan dengan budak-2 yg kepala gila, so ngam lah. Antara bebudak tu leader diketuai oleh Ahmad Fadzil , penolongnya Fafa bendahari AKU then ameer,khairi,bashman and adaa. haha s/u jing.. Okay, untuk slot pertama kitaorg kena kena buat fail. Akan diberikan 3fail, fail pertama "Fail pengerusi" fail ke2 "Fail bendahari" fail ke3 "Fail setiausaha" kemudian diberi kod fail untuk nyatakan fail pengerusi apakah nombor untuk kod pengerusi... Then diberi borang untuk diisi. So, dalam kumpulan diberi masa cuma 15minit so, memang berkerjasama la kann. Dibahagikan borang buat ikut pasangan or what so ever lah.. Yaangg penting kerjasama dan kepala gila2 yg buat lawak...

Malam pulak slot apa tahh dah tak ingat. Aktiviti kumpulan lah kan.. First leader dipanggil ke depan untuk ambil belon.. Lepas ambil ad 30belon yg kena tiup.. So, semua kalut2 ah tiup belon sebab nak kena buat rangka manusia.. Bila  masa sikit je mmg semua pun kalut laa. Nak kena gam lagi dan blablabla. Actually aktiviti mcmni mmg best la sebab kita enjoy je.. Habis pukul 11malam, minum malam and balik hostel..

Hari kedua
Bangun pagi pukul 5.30 kot mandi2 solat semua beratur dekat dataran nyanyi negaraku. Then warmup kejap.. Then ade aktiviti tutup mata. Jadi org buta kejap, cuma leader je xpyh.. Kitaorg kena pegang jangan lepas walau sekejap... Kitaorg dibawa oleh leader untuk melalui jalan-jalan yg perlu ditempuhi.. K memang best la.. Haha... Then masuk dewan untuk slot ke 4 mungkin.. Ceramah pasal dadah.. Macam-2 la dia cerita kan.. Takpe2 nanti aku buat satu tajuk ok. Ngee xD. Lepas habis slot dadah minum pagi pula pukul 10. Lepas minum masuk dewan semula untuk slot ke-5. Masa tu aktiviti dalam kumpulan juga.. pasal keselamatan jalan raya. Kitaorg diberi kan satu kertas takwim bermaksud sebagai pengerusi/setiausaha akan menulis satu aktiviti yg akan dijalan pada masa2 yang akan datang. Seperti menguruskan fail lah. So, yg menulisnya aku yg lain memberikan idea. Sebab masa tu aku ngantuk gila mmg tak dpt menyumbangkan idea yg kreatif. Haha so, yg lain mcm badmood gilee sbb mengantuk kan.. Yaangg penting ado lawak yang agak bodoh. Hahahahha. Lepas habis semua tu makan malam pulaa. Then solat maghrib. Lepastu kitaorg diberi masa selama setengah jam sehingga pukul 9.. Memandangkan sabtu malam aktiviti terkahir kitaorg kann. So, ada aktiiti interaktif.. Kumpulan kami dpt nyanyian, then kitaorg pilih boria.. Kak fafa buat lirik Aku tarian dan Fadzil entah apa kejadah dia buat.. Haha yaaangg penting dalam tangan getar punn menang tauuu. Japg kita bagi lirik korang nyanyi lah. Then yg penting ameer dengan khairi buat muka seposen sebab tu menang sbb kami buat spontan je. Sebelum tu kami makan ramai2 before ni makan dalam kumpulan je, kali ni dengan fesi2 sekali. BBQ laagiii. Ayam aku besor si fadzil ni dpt ayam kecik memandangkan aku dah habis makan dia curi ayam aku, grr. Then gantikan dengan hotdog dia. Ohh ini tidak adil tidak adil bagikuu. Sebab sistem barter tidak memuaskan kepuasan dengan barang yg tidak sama nilainya. Cehh2 budak perdagangan. Tapi dia ambil 11 sub. Budak pandaii laa katakaannn. Haha tapi yg peentinggg kami duaa paling bising. Kauuu adoo? Hahaha.. Lepas habis tu kitaorg buat surprise befday yg lahir bulan 3, memang bestla. Kononnya fesi2 tu nak nyanyi lagu rock, awiieeeee. Tapi idokknyee punn. Dah dapat kek aku nak je yg coklat tuu, dah dpt sikit then pas pas la dkt org lain, aku nak sikit jee lagi coklat tu haa, last2 fadzil ambil. Okayy fine fine merajuk kejap ahh. Hahaha then pi bgtau orang lainn. Kuurangg asam gila.Lepas tu masuk bilik tidoooo

Hari terakhir
Pagi2 mcm biasa laa solat kaan , then ad game. Haha mcm2 game kalau nak cerita pun kita tatahuuuu. Then lepas habis ado titian kasih pulak sambungkan straw tu panjang then kena jalankan bola smpai masuk dalam cawan.. Lepas habis tu masuk dewan untuk slot pengurusan mesyuarat.. Dia ajar la mcm mana nak uruskan mesyuarat bagai kaannn. Then minum pagi kemudian tukar baju PPDNP untuk sesi penutup.. Sebelum tu ade raptai bagaii. Memang best la, masa tu group aku semua seedihh je nak bepisahh. huhu semua macam ala weh cane ni rindu la blablabla.. Aku duduk belakang khairi yg gila sewel tu hahahha. Maap maap. Ade lagu apa tahh kann kitaorg nnyi lah paling kuat, gila malu ah.. Semua tepuk bagai. Alololo. Then org PPD dtg untuk merasmikan then ade slide show semua kan laayannn lah. Happening juga la waktu penutup.. Sesi bergambor.. Then bila habis tu semua lepak kejap dekat meja makan tapi xlama.. Fadzil dh nak balik asrama dia,khairi balik sorang2 dh balik.. Tak sempat nak ambil gmbr sesama actually sebab masa xde.. So, tunggu gambar dari fb Pulares je.. Okayy harap berjumpa lagi ye... Miss my group yg gegila tuu :/

No comments: