Sekarang ramai yang dah pergi meninggalkan kita. Pagi tadi kecoh dengan kepergian Khadijah. Baru tadi senior aku ayah dia meninggal. Innalilah, tapi sebaliknya Alhamdullilah :) kenapa? Bukan seronok tapi ada kebaikan pada hari Jumaat. Pasti semua orang dah tahu kan? Kelebihannya adalah dijauhkan dari siksaan kubur. Jauh dari fitnah, dan salah satunya orang yang dipilih oleh Allah. Hari jumaat juga penguhulu segala hari.
Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.Banyak kelebihannya. Search lah google. Antara yang aku tahu tentang kelebihan hari Jumaat ni adalah
Berlakunya hari kiamat.. Dalam satu hadis tu Rasullulah SAW ada menyebut “Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” Yang kedua Nabi Adam diciptakan dan baginda juga disingkirkan dari Syurga. “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.” Seterusnya, selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat. Ya Allah sungguh baik pada hari Jumaat. Menurut Rasulullah SAW:
Banyak lagi. Aku kongsi apa yang aku tahu :) In shaa Allah.. Al-fatihah buat Ayah. Teringat arwah atok yang pergi 20syawal pada hari Jumaat juga :') Al-Fatihah. Kau tempatkan lah mereka di golongan orang yang beriman. Ameen.“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
No comments:
Post a Comment