STATUS UPDATED!
Nak cari sponser ke? Inbox ernyy ye :*
Salah ke aku mengumpat? | Super Awesome Blog

Ernyy's Online Shop

Salah ke aku mengumpat?

Assalammualaikum

Haa cuba lah tengok tajuk aku harini. Salah ke aku mengumpat? Ada tak style yang aku ni nak sangat ngumpat orang? Ade tak? Haha..Actually tetiba je macam nak bagi ceramah lepas tengok ceramah tengah hari tadi pasal mengumpat. Haha. K yang pasti semua orang mungkin pernah mengata la kan. Ye la, mesti punya la. Takkan sorang pun tak pernah mengumpat.. Hmm aku dah insaf lama dah tak mengumpat orang ni. Sejak berhijrah jarang dah nak mengumpat. Tak de la sebelum ni pun cuma gaduh2 biasa je dengan kawan sekolah, ala biasa la kan... Adat kot..

Okay, untuk adik-adik ni, kakak-kakak ke, makcik-makcik ke yang petang2 dok lepak dekat depan rumah buat group tu kadang-kadang ade yang mengumpat. Hmm, aku dengar dari mulut2 jiran jugak, kadang tanya jugak, asal tak join diaorang. Pastu mak cik ni membalas, taknak la buat dosa je aku duduk dengan dorang, mengutuk je keja. K, for sure mak aku tak pernah pun keluar, hahaha. Memang salah gila la kalau kita mengumpat orang kan. Kita mengumpat orang seumpama kita ni makan daging sedara kita sendiri. Sanggup kah anda makan daging sedara islam kita sendiri. Bayangkan kau ratah makan daging adik aku. Rasa kejam kan? Haa macam tu la.. Dia yang dapat pahala, kau dosa. Sebabnya kita mengumpat tu dah macam kita memburuk-buruk kan seseorang tu, dengan senangnya kau aibkan dia. K macam ni la, dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.. Nauzubillah!

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Bagi yang terkena umpatan orang tu pahala nya adalah besar dan untungnya dia. MashaAllah

 Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

3 comments:

D i n said...

hehehe rasa seronok pulak kalau ada org ngumat kita :D

Unknown said...

@Din: haha boleh pulak kan, banyak pahala kita :D

D i n said...

haha dapat pahala free kan best tu :D