STATUS UPDATED!
Nak cari sponser ke? Inbox ernyy ye :*
2012 | Super Awesome Blog

Ernyy's Online Shop

Segmen akan ditanggukan hingga taktau lagi

Hello hello everibadii! Memangdangkan rumah aku dah kena potong internet aku nak ambil keputusan akan buat segmen ni bila dh ade internet... Tetapi sponser2 yg telah mengsponserkan diri anda akan saya ingat dan jangan menghilangkan diri ye. Haha! Okay sangat geram bila internet kena potong dan rasa amat bosan. Dan saya masih memerlukan sponser. So, bolehlah comment dekat entry satu lagi tu... Okay chawww!

Tuan online shop selalu jugak kena bahan

Aku bukan nak kutuk tuan online shop ke apa sebab aku pun tuan online shop juga. Haha. Korang mesti penah beli barangan online kan? Setakat ni korang puas hati tak? Bukan aku nak kutuk customer bukan k bukan. Aku nak cakap, bahas, bagitahu. K faham? Satgi tak pasal aku pulak kena, wuuuu -.-'
Okay. Actually sesetengah pelanggan tak faham berniaga online ni. Para peniaga ni bukan ada brg ready stock dekat tangan ada yg pre-order yg luar malaysia. Itulahh ada yg PRE-ORDER item okay. Kita bukan nak makan duit orang tak la sayang.

Aku pun pernah laa kena dengan sebilangan orang kena cap penipu. Masa tu aku je yg tanggung malu semua ada tapi aku tak la nak pegi komen status dia, takut nanti lagi besor. Tup tup esok barang dia sampai. Haaa! Mana mu nak letak muka muuu? Kalau orang tak kutuk sekali xpe, ni masalahnya Ya Allah orang kutuk segala bagai. Aku hanya mampu bersabar jelaaa :( Aku terangkan dekat sini ye. Sesetengah barang adalah PRE-ORDER dan sesetengah barang adalah READY STOCK. Ada yang barang luar malaysia so, memang lambat sayang. Kita tak tipu. Kalau awak nak tengok peniaga tu tipu awak tengok feedback customer lain. Kalau tipu mesti customer lain dan bahan dan pergi report ke apa yg dia mahu. Kita nak rezeki halal ;) Tolong like ErazOnlineBoutique Assalammualaikum

Review blog#

Assalammulaikum

Ingat tak seperti yang dijanji kan? Aku cakap lepas habis je segmen ni aku nak buat review blog pulak. Meh aku nak jadi juri kejap. Huahua. Meh sapa nak link comment ni , boleh tingkatkan lagi follower,trafik mana tahu rezeki korang kan. Sama-sama tolong mehh. Aku tak mintak syarat apa pun :) Cuma 50 org je yang terawal. Lepas 50 maaf tidak diterima :D orait, cepat2. Ni antara yang sudah bg link untuk diriview pada entry yg awal dulu.. Eh 1more anda kena follow blog ni, yela tahu la apa perkembangan kan ;)

http://budakkecikbermonolog.blogspot.com                           http://waneyredzastories.blogspot.com/                                           http://aswaleyla.blogspot.com/                                                  http://www.munviolettaxious.com/                                    http://encikcopypaste.blogspot.com                                        http://yeyenpolkadot.blogspot.com/

Haa cepat.. Cukup 50 terus aku review korang punya blog yang mevelussss gituuu! Cepat2

p/s: Ada sesiapa tak yang nak beli calender 2013 designnya dari "Awesome Blogger" dan link url anda. Ade yang berminat? 1 RM1.00 je.. Wanna? Sape nak? Comment jugak dan tinggalkan link fb senang sikit. Cepat ye.. Terhad kepada 90 orang sahaja.

Pencarian sponser

Assalammualaikum.. Aku rasa macam nak buat segmen lagi.. And aku bukan banyak duit sangat nak bagi hadiah mahal. Kalau aku ada cukup duit in shaa Allah aku bagi jugak. Macam contest sebelum ni. So, aku nak cari sponser. Sapaa yang sudi ni? Meh2 comment bgtahu. Terima kasih <3

Short segment : ASD by hanim and fiza

Pertama kali jumpa dia form 1 we are just friend and aku benci dia sangat-sangat sebab dia sombong gilaa. Then kenal dekat sekolah orang lain sebab pergi tengok sukan. Kawan dia bg num aku dekat dia then dia beli aiskrim dekat aku. Then aku usha dia pelik, dah kenapa dia ni??? Muka sombong tetiba senyumm, alololo. Bila masuk tengah bulan tiba-tiba sms aku then text text text dia luahkan perasaan sedih blablabla cerita semua pasal family dia, masalah itu ini bulan 10 couple lah kami hingga sekarang. Dalam masa 3tahun menjalani hidup couple ni memang banyak  masalah yg dialami dan susah nak jaga hubungan ni. Kena ada persefahaman,kejujuran. Kadang2 takde persefahaman yg boleh buat kita gaduh. Alhamdullilah setakat ni boleh sabar lagi, muahaha. Dan harap hingga ke akhir hayat, Amin :)
 
Tag: Tak pasti lagi.. Yang pasti saya akan bgtahu mereka <3


Review blog #2

SINI 
Okay blog yg comel ni sangat ringan sebab tak banyak benda pun kan. Header sangat simple. Background putih the ada warna2 pink,hijau. Auwmnn lawa. I think dia peminat korea. Hehe. Dia cuma letak yg penitng2 je. Follower pun suka. Kan2?

Kebanyakkan mula2 semua blog aku dapat mesti ringan kan. Dah ringan lawa pulak dan awesome lagi. Macam complete je. 

Blog ni lagi simple. Xda side bar pape pun. Lagi la bertambah ringan. Tenang je mata aku memandang. Tapi dia letak sidebar yg kecik2 tu. Tak nampak? Ala yg comel tu. Tak nampak? Click la blog dia then korang tgk, awesome!

Warna grey,purple,soft purple. Cantik pemilihan warna. Header dia main tarik2 pulak no. Hehe comel. Ni pun i think peminat korea. Haih! Banyak, hensem2 pulak tu. K blog laju sepantasss kilat. Jom tambahkan lagi follower dia.




Permohonan Sekolah Teknik dan Vokasioanal 2013

Akhirnya aku dah dapat tahu jawapan yang aku tunggu selama ni. Bilakah permohonan kita akan dipanggil, Okay dah tahu. So? Sebelum tu aku akan terangkan semuanya ok.


Syarat Umum

> Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
> Pemohon hendaklah:
  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
> Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
> Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.


Syarat Khusus

> Pendidikan Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
> Pendidikan Vokasional
  • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
> Latihan Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan


Permohonan Secara Manual - Datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi disitu.
Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.


Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.


Temuduga
  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.


Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.


Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melaluionline atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.


Pertanyaan & Maklumat
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian             03-8884 5154       / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
    Sebarang maklumat lanjut, pemohon dinasihatkan melayari Portal KPM di http://www.moe.gov.my/

    Okay? Harap dapat membantu semua. Ini pun sumber dari encik google. Dan sama-sama la doa supaya kita semua dpt ye.

    Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat

    Semua tengah kecoh dan sibuk tanya Berapa A siap trend lagi dekat twitter. Aku tak seberapa lah tapi aku dah cuba sebaik mungkin dan result aku okay dari yang sebelum ni. Aku malas nak fikir sebab benda dah jadi kan? Takpe bersyukur dan berbanggalah janji takde gagal. Aku cuma dapat 4B 4C je. Nasib laa tak gagal dan buat kali pertama math aku lulus. Hahahahah~~ Dan aku bangga gilaa. Dan aku ambil aliran perakaunan dan perdagangan. Aku tick 2 dekat borang tu dan aku harap aku boleh follow pelajaran tahun depan , Amin :)


    Doakan Batch 97

    Actually harini aku dan budak2 97 ambil result hari ni. Malam tadi memang xboleh tido. Tido pun gelisah tak tentu Ya Allah... Okay apa-apa pun doakan supaya batch 97 berjaya dengan segala usaha yang telah kami lakukan :') Assalammualaikum.

    9 petua merawat sengugut

    Lama aku tak update kan? Aku demam, kena cucuk semua Alhamdullilah sihat kembali cuma tinggal sakit tekak je. Harini nak kongsi sikit petua merawat segugut ni. Untuk pempuan je k...

    Petua 1 :
    Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


    Petua 2 :
    Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.


    Petua 3 :
    Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


    Petua 4 :
    Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab


    Petua 5 :
    Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .


    Petua 6 :
    Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Namun begitu petua ini masih dipersoalkan memandangkan doktor berpesan supaya pengidap senggugut mengelakkan minum teh dan lain- lain minuman yang sejuk sifatnya.

    Petua 7 :
    Tuam bahagian sakit dengan tuala panas. Anda boleh memanaskan tuala itu dengan seterika, atau dengan air suam. Tuala juga boleh digantikan dengan botol air berisi air suam. Perlu diingat, air tuaman itu tidak boleh diminum.


    Petua 8 :
    Bagi orang yang kadang- kadang mengidap sakit senggugut, kadang- kadang tidak, ini berkaitan dengan perubahaan rutin. Jika anda seorang yang aktif atau bekerja keras, senggugut tidak pernah menyakitkan. Bagi mereka yang banyak rehat dan kurang cergas, bisa sakit sengugut itu akan lebih terasa.


    Petua 9 :
    Mungkin ada yang lebih suka pil panadol menstrual kerana ia lebih mudah didapati di mana- mana berbanding herba yang jarang- jarang terjual. Anda boleh mencuba satu lagi cara semulajadi, iaitu tidur. Selepas bangun, sakit senggugut itu akan berkurang atau sama sekali hilang. Namu perlu diingat, tidur di tempat dan pada masa yang sesuai sahaja.

    Sumber: Link

    Like my online shop fanpage ya OnlineShop

    Serious: Share Partner

    Saya sebenarnya sedang cari share partner untuk jualan tudung. Anda faham bagaimana? Atau tidak faham apa yang dimaksudkan oleh saya? Okay boleh PM me kalau tak faham.. Saya memerlukan share partner dengan segera :) Siapa berminat boleh inbox saya di Facebook atau Email . Segera ya. Saya akan terangkan bagaimana. Ini untuk online shop saya di >>Online Shop<<

    Istilah cuba

    Aku baru teringat nak share something yang kita sendiri selalu cakap. Haha. Dalam sedar atau pun tidak kita selalu cakap benda yang sama maksud. Contoh
    "Eh kau try la cuba"
    Haa nampak tak? Dah selalu pun kan kita cakap. Aku pun tersedar bila tengok Oh My English! Haha

    Derma Rahim unutuk Bantu Wanita yg bermasalah

    Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan bahawa pemindahan rahim daripada seorang wanita kepada wanita lain yang bermasalah melalui proses pendermaan organ adalah dibenarkan dan tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.

    Hukum bagi menderma rahim bagi yang memerlukan adalah harus, namun ketiadaan organ peranakan itu  akan menjejaskan nyawa seseorang wanita. Jadi, terdapat syarat yang penting serta dibolehkan antaranya syarat rahim tersebut haruslah diterima dari wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima tersebut pula mengalami masalah rahim.
    “Pemindahan rahim tersebut juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam Al-Quran,” katanya pada sesi soal jawab Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
    Hospital Universiti Akdeniz, Antalya Turki menjadi hospital pertama yang mencatat sejarah dengan kejayaan pertama pemindahan rahim oleh Dr. Omer Ozkan dan pasukannya pada Ogos tahun lepas. Derya Sert, 22 adalah penerima rahim tersebut yang mempunyai masalah kerana dilahirkan tanpa rahim.
    Antara syarat lain yang membolehkan pemindahan organ tersebut berlaku adalah seperti yang digariskan mengikut Islam seperti mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan sebarang urusan jual beli. Pendermaan dan penerimaan organ melalui orang bukan Islam adalah dibenarkan dan perkara tersebut tidak sepatutnya menimbulkan sebarang syak serta salah faham.
    Sumber: Isu Semasa




    Sorry I'm not in mood

    Dalam facebook tu memacam pulak aku maki orang kan. Sorry to all aku takde mood sangat2. And takde kena mengena dengan sesapa pun. Aku cuma nak tahu sapa hamba allah tu. And kenapa hamba allah sorang ni berubah dengan sekelip ja. Maaf sekali lagi. Cerita selanjutnya!

    Sedih la

    Actually aku sedih gila ni. Aku selalu dpt copy mesej dari aziz. "Apa yg awesome sangat dengan awek hg smpai taknak lepaskan dia" "Pegila cari awek lain yg sama dgn dia" "Knp awek hg buat hg mcmtu, agak2 la awek hg pun" banyak lagi dan panjang. Aku sedih sedih and sedih. Aku nak tahu siapa yg cakap tu! Aku tak marah.. Tapi yang aku marah tak boleh ke hang takyah nak menyibuk mengutuk aku sekali. Kalau aku ada masalah dengan dia, kewajipan untuk kwn kepada dia atau apa saja cuma nasihat. AKU NAK TAHU SANGAT SIAPA ORANG TU.

    Short Segment by Nurhanim-ehier


    Tag:

    Review Blog #1

    Orang pertama review aku ialah

    Nyummmm Nyummm sedap je cupcake dia kan.. Okay header dah menawan hati follower nak masuk sebab mana tau kot dpt cupcake percuma bila masuk. Eh eh...

    • Loading blog sangat ringan. Aku tak payah nak tunggu dia slow slow and scroll ke bawah.
    • Sangat kemas dan sedap mata memandang bila soft pink and blue ada.. Feveret colour.
    • Keseluruhannya sangat kemas,cantik and simple. Sebab tu follower banyak kan


    Bubble bubble je dia punya header kan... Kalau warna biru terasa seperti di dalam air. Auwmnnn! 

    • Okay blog dia cantik,simple ja not bad laa.
    • Pemilihan warna pandai jugak. Kalau aku hancuss.
    • Loading blog laju, bagus
    • By the way dia punya sidebar tu macam banyak sangat...
    • Buang sikit mana yang tak perlu tu
    Header dia macam idaman 1day. Maybe la kan.. Awesome jugak header dia tu.. Warna warni..
    • Loading dia tak berapa berat tapi nak scroll tu slow sikit.
    • Warna blog soft2 gituu
    • Sidebar dia macam banyak je. Buang sikit yang tak penting, gambar yg banyak dkt sidebar membuatkan blog jadi berat.

    Ini blog cikmun. Dia guna domain.com. Bestnyaaaa. Blog dia macam harmoni. Comel header dia. Cute aih!
    • Blog cikmun tak slow, tapi laju. 
    • Dekat sidebar tu, memang berguna la.. 
    Ini blog encik. So, sesuai la kannnn. Simple je. Tak semak kan. 
    • Loading blog memuaskan. Lajuuuuuuuuu
    • Sidebar dia lagi best tak de benda yg mengarut mcm kita org pempuan ni. Haha.
    • Cerita pun berguna


    Sakitnya binatang ni

    Tahukah anda sekarang binatang kecil sedang banyak dirumah,kedai,kedai mamak terutamanya. Kenapa? Sebab nak hujan eh? Ya Allah binatang ni kalau gigit sakit wowww! Badan je kecil tapi sakit gigitnya. Ish2...

    Segmen Blog Sempoi

    Aku rasa macam malas nak tunggu sampai 50 orang review blog. Haha. Malam ni aku akan review 5 blog terawal dulu. Then seterusnya 5 , 5 dan 5. For those yg nak diriview bg je dekat shoutbox tu. Okay then aku rasa murah hati sangat nak bagi hadiah lagi. Segmen ni mungkin berlangsung kejap je. Blog Sempoi. In shaa Allah malam ni atau esok aku akan start segmen. Muahaha. Okay bye ;)


    Kenapa dengan Yuna

    Dulu aku ada baca comment sorang hamba Allah ni dia cakap "Aku takkan suka Yuna selagi dia pakai tudung mcm tu" Hahahha. Dah kenapa kau? Buat la tudung sendiri pulak
    Click ini untuk cerita selanjutnya 
     >>Yuna Oh Yuna <<

    Engku Tan Sri Ibrahim Meninggal Dunia

    Bekas penyampai Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia pada jam 8.30 malam tadi di Hospital Selayang, Selangor. Jenazah akan dikebumikan pada jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.


    Susah untuk aku percaya

    Percaya atau tidak aku tetap susah nak percaya lelaki. Okay inilah tajuk sebenar. Aku susah nak percaya lelaki.. Why? K aku tengok lelaki sekarang macam tak serious je sedangkan ramapi perempuan yang mengharapkan hubungan serious. K for me la. Kalau nak cari bf ke apa cari yang berjenis sikit. Cara pakaian dia,cara dia study,cara dia layan,cara kehidupan dia. Kenapa aku cakap and cari macam ni? Sebab, cara pemakaian dia macam mana kita boleh tahu dia tu macam mana. Kalau dia pakai selekeh semacam ja kau nak ke? Bukan fikir hensem tak hensem.. Cara pemakaian tu penting. Study? For sure lah study tu memang wajib. Kalau dekat sekolah dia malas macam mana nanti dia nak sara kau,dia nak ajar kau mana baik mana tak. Orang yang berpelajaran ni lain. Layan? Kalau dia layan parents dia macam dia layan kawan-kawan kasar semua better tak payah la kau couple dengan dia. Nanti kawin tak pasal je dia marah-marah kau. Kehidupan? Kalau kehidupan dia bergelumang dengan benda haram semua nanti tak pasal kau bersubahat sekali. Tapi, kalau awak awak semua ni boleh ubahkan perangai dia apa salahnya kannn?

    K dulu aku dengan ex aku ni fikir aku percaya je. Memang la sayang, tapi layan aku pun macam nak taknak, hahaha. Macam mana aku nk rasa kasih sayang tu? Yang si aziz ni fikir senang dia nak tackle aku? First aku masuk sekolah pun aku benci tengok muka dia yang poyo tu. Hahahaaa. Lepastu pandai pulak ambil num fon, pandai pulak sms aku tiap malam call bagai. Actually memang tak guna laki macam ni. Dah tahu aku couple boleh kacau aku. Hahahahahahahaaa! Sampai 1masa dia yakinkan aku dengan perangai dia. Dia tanya aku, kenapa susah sangat nak percaya lelaki? Then aku cerita la blablablabla. Then mengaku dia PB! Then depan2 aku dia putus sorang-sorang. Then aku cakap, tak semudah ni aku terima la wehh. Sampai la satu saat dia merayu. Hanya aku yang boleh ubah sikap dia semua. K aku percaya. Couple 17/10/10 sampai sekarang. Alhamdullilah. Tapi jangan nak percaya sangat eh. Haha. Lelaki cepat berubah hati. Namun, berdoa lah yang baik-baik, in shaa allah kalau niat baik. Ada jodoh tak kemana pun. Namun Aziz ni lelaki ke-3 aku couple.

    Haih! Panjang betul aku cerita ni... kbye

    Aku pakai baju yang dia bagi tuuu. Hehe. Bye

    December Wish Giveaway by Liyana and Myra

    Saya sangat rajin sekarang nak join segmen segala bagai. Haha. Harap menang la weh. Walawehh!

    Okay ini wish erny okayy. Harap kreatif dan ini ikhlas dalam diri dan wish untuk next year


    • Nak lebih baik dari tahun 2012 dan lagi success untuk tahun 2013.
    • Nak jadi manusia yang berguna dan bijaksana dan dapat membantu keluarga dan tidak menyusahkan keluarga.
    • Nak belajar sungguh-sungguh sebab 2014 ernyy SPM penentu hidup
    • Nak hp blackberry satu
    • Harap hubungan saya dan bf selama 3tahun akan kekal hingga akhir hayat dan saya harap dia boleh membimbing saya kejalan yang benar.
    Ini sahaja :') 

    Abby Abadi komen macam-macam di twitter.

    Assalammualaikum. Aku bukan nak kutuk atau apa pun sebab aku pun macam tak layak je nak judge orang kan. Selepas baca komen orang di google macam2 pendapat la kan pasal dia ni. Untuk aku kita sesama islam walaupun Umno,Pas atau apa je tak payah kot nak musuh-musuh kutuk umno atau sapa-sapa je. Sama-sama islam mesti tahu mana yang baik kan? So, kalau dah tahu dosa semua tunjuk contoh yang baik. Ni tidak lagi nak memburuk kan orang. Kalau baca tweet yang lain la. Hmm entah. Macam-macam sekarang. Saya hanya mampu lihat. Sedih jugak..


    Kucing kesayangan nabi

    Kucing ni comel sungguh. Geram betul tengok. Sekarang aku tengah nak bagi kucing aku gemok dan comel macam bawah ni dan sememangnya kucing semua comel. Arrgh geramm... Comel sangat





    Banyak betul kucing comel dekat google.

    Secret Recipe

    Percaya atau tak semalam adalah pertama kali aku makan secret recipe kali pertama dan kali terakhir. Hahaaa. K macam ni la. Walaupun aku buat segala kek tapi aku tak pernah makan kek aku sendiri dan aku akan bg family aku yang rasa. Aku takut nak makan kek sebenarnya. Semalam aku makan kek secret tu serik dah nak makan. Tekak aku rasa pahit habis. K dulu waktu kecil sebenarnya aku tak suka benda murah. Coklat yang seposen tu pun aku tak boleh nak makan. Kalau aku makan aku demam. Haritu 3hari berturut2 demam sebab makan cokelat duit emas tu haa. Sakit gilaa tekak ni kalau makan. Then cuba pulak kek yg slice2 tu, makan sikit je secubit then serik. Demam lagi. huh :( sebab aku kalau rasa cream2 tu rasa lain ah. Sedih pun ada bila tak dapat makan. Bila tengok Ya Allah teringin laa.


    Penat

    Assalammualaikum

    Hai dear blogger yang tercinta ni. 2hari ni aku takde umah sebenarnya.. Buat hantaran , tempahan. Then craft. Huhu, penat. Meh2 sape nak tempah boleh la. Kita memang buka tempahan pun. And malas lagi nak godek2 blog ni bagi okay balik. Thanks for Izzah Ismail help me. And 1more thing masih bengang dengan feed url ni. Nak PING kan ke busuk.org and gilaping.com atau mana2 ping la mesti tak boleh. Url or feed error. Kejadahnya. Someone help me. :( okay bye

    Aku rindu sekolah dan kawan-kawan

    Assalammualaikum. Hehe harini nak post gambar yg comel gituu. Ehh! Hehe.. Rindu semuaaa. Tak sabar nak sekolah ni. Nak gila-gila dengan kawan2 and all. Benda paling best yg membuatkan kami macam sekeluarga adalah bila 1team macam bola jaring,bola baling,hari sukan and aktiviti akhir tahunn. Mevelessss! Kalau gaduh tu adat la kot.. Biasala selisih faham la itu ini. Tapi cari jugak kawan kann. Adik-beradik pun boleh gaduh apatah lagi kawan ;) Bf aku pun sekali ahh ni. Adoi!






















    Ni menyembelih pulak. Heehe











    Hahaaa sebenarnya beratus lagi ni haa. Harap tak terpisah :')