STATUS UPDATED!
Nak cari sponser ke? Inbox ernyy ye :*
Permohonan Sekolah Teknik dan Vokasioanal 2013 | Super Awesome Blog

Ernyy's Online Shop

Permohonan Sekolah Teknik dan Vokasioanal 2013

Akhirnya aku dah dapat tahu jawapan yang aku tunggu selama ni. Bilakah permohonan kita akan dipanggil, Okay dah tahu. So? Sebelum tu aku akan terangkan semuanya ok.


Syarat Umum

> Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
> Pemohon hendaklah:
  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
> Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
> Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.


Syarat Khusus

> Pendidikan Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
> Pendidikan Vokasional
  • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
> Latihan Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan


Permohonan Secara Manual - Datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi disitu.
Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.


Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.


Temuduga
  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.


Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.


Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melaluionline atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.


Pertanyaan & Maklumat
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian             03-8884 5154       / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
    Sebarang maklumat lanjut, pemohon dinasihatkan melayari Portal KPM di http://www.moe.gov.my/

    Okay? Harap dapat membantu semua. Ini pun sumber dari encik google. Dan sama-sama la doa supaya kita semua dpt ye.

    No comments: